CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

~MY TRUE LOVE~

Pages

Follow wannurulliyana on Twitter

21 December 2011

khas untuk wanita

PETUA CEPAT DIPINANG (RINGAN JODOH)
Hendaklah dibacakan Surah Yusuf pada sebekas air yang bersih sebanyak 3kali pada malam Jumaat. Air itu hendaklah dimandikan tiga pagi berturut-turut dan diminum 7 kali setiap hari selama tiga hari berturut-turut.

PENAWAR RESDUNG
Petua yang paling mudah dan berkesan ialah dengan mengamalkanmenyedut air ke dalam hidung (seperti sebelum kita ber wuduk).Kemudianpicit sebelah hidung dan hembuskan sekuat hati. Buatlah berulang-ulang kalisehingga selesai kedua-duanya. Selepas itu basuhlah muka dengan bersih.Lakukan ini setiap kali setelah sampai ke satu-satu destinasi, baik ke pejabat,bersantai, beriadah atau pulang ke rumah malah ke mana saja. Kesannyasungguh menakjubkan.

MELICIN DAN MEMERAHKAN KULIT MUKA
Ambil sebiji buah tomato masak, lecek hingga halus. Kemudian pupurkan disekuruh muka. Biarkan mengering selama 20 minit. Bilas dengan air bersih.Amalkan seminggu 2/3 kali.

MENEGANGKAN KULIT MUKA
Ambil tepung ubi kayu dan mentimun. Timun itu hendaklah disagat/dihancurkan terlebih dahulu atau dilumatkan. Kemudia campurkankedua-duanya dengan air sedikit. Kacau rata dan jangan terlalu cair.. Selepasitu, sapukan ke muka dan biarkan ia kering. Kemudian basuh. Dengan caraini ia dapat menegangkan kulit muka serta menampakkan keputihan di mukadan menjadikan kulit kita segar...

MENGHILANGKAN CAGU
Perahkan sedikit air limau kepada kuku yg mencengkam pada daging (cagu).Biarkan selama beberapa minit. Jika boleh, potonglah kuku yg termasukdalam daging tersebut. Lakukan 2 kali sehari dgn menitikkan air limau padacagu. Cagu akan beransur pulih.

MENYERIKAN WAJAH
Wanita yang inginkan wajahnya sentiasa berseri apabila dipandang bolehlahmengamalkan amalan di setiap pagi iaitu selawat sebanyak tiga kali sebelummencuci muka dan sapukan air itu kemuka. Insyaallah akan berserilah wajahanda. Selamat mencuba.

MENGHALUSKAN KULIT
Buah tomato dikisar halus. Lumurkan pada muka seberapa ketika. Sebaiknya dilakukan pada waktu malam kerana tiada gangguan. Setelah agak lama cuci muka dgn air suam. Amalkan selalu. Buah tomato ini juga berfungsi utk membersihkan kulit.

MENGHILANGKAN BAU BADAN
Potongkan limau kasturi dan buangkan bijinya. Kemudian makanlah kulit limau kasturi itu bersama airnya. Amalkan selalu.

BADAN RINGAN DAN BERTENAGA 
minum air rebusan serai dan halia (yg dititik), kulit kayu manis dan lada hitam. Jikakita meminum air rebusan ini pagi dan malam insyaAllah badan akanmenjadi ringan dan bertenaga. Selain itu utk meningkat tenaga wanita,amalkan pengambilan 4 biji telur mentah sehari.

MELEMBUTKAN RAMBUT
Ambil secekak kangkung dan bersihkan. Masukkan dlm bekas. Bubuh enamcamca air suam dan ramas kangkung hingga mengeluarkan lendir. Lendir itusapukan pada seluruh rambut dan biarkan seketika. Kemudian bilas rambutdengan air bersih. Lakukan selama dua minggu.

MERAWAT KULIT BERKEDUT
Parutkan sebatang lobak merah yang telah dibersihkan, lalu dicampurkanbersama sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Sebatikan bancuhanitu lalu dioleskan kepada kulit sekali sehari. Amalkan sehingga berkesan.

MELENTIKKAN BULU MATA
Ambil daun lidah buaya Sebelum masuk tidur, sapukan lendirnya pada bulumata. Amalkan selalu hingga bulu mata semakin lentik Menghilangkan ParutAmbil sedikit asam jawa, kemudian ramas dgn mencampurkan sedikit air. Jgnterlalu cair. Selepas itu, sapukan pada tempat yg berparut. Biarkan sehinggakering. Seelok-eloknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur. Insyaallahia amat berkesan utk menghilangkan parut.

MELEBATKAN RAMBUT
Ambil daun bunga raya yg bersih, ramas sehingga keluar lendir. Ambillendirnya dan campurkan dgn sebiji telur ayam kampung beserta satu sudumadu lebah. Gaulkan sekata dan sapukan pada rambut anda. Perap dgntuala lebih kurang 10 minit dan kemudian cuci dan bilas rambut sehinggakering. Amalkan dua kali seminggu.

AWET MUDA
Semasa berdandan di waktu pagi baca selawat Nabi di kedua tapak tangandan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkan wajahseperti Nabi Yusuf. Amalkan setiap pagi.

MERAWAT SENGGUGUT
Ambil segenggam halia dan tumbuk lumat. masukkan ke dalam segelas airsuam. Apabila halia mendap barulah diminum dgn dimulai dengan selawat.InsyaAllah, senggugut akan hilang.

KULIT CERAH DAN LICIN
Ambil sebiji limau nipis dan dibelah dua Semasa mandi, gosokkan pada muka dan seluruh badan Insyaallah, kulit akan cerah, licin dan harum.

RAMBUT LEBAT
Setelah selesai makan, basuh tangan dengan air sehingga bersih. Selawat 3kali Tangan yg masih basah itu segera dilap atas rambut

MENGURANGKAN DENGKUR
Tumbuk lumat tujuh biji badam dan campurkan ke dalam segelas susu panas. Minumlah beberapa minit sebelum tidur.

MENGHILANGKAN KETUAT
Sapukan getah dari pelepah betik yang dipetik terus dari pokoknya. Titiskangetah itu kepada ketuat dan biarkan ianya kering sendiri. Lakukan beberapakali. Ketuat akan mengering dan luruh sendiri.

MENGEMPISKAN PERUT
(1) Ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih . Sebatikan laludisapu pada perut kemudian ikat perut seperti perempuan yang baru lepasbersalin (bengkung) Jika tidak mahu bengkung, lumurkan atau sapu dekatperutsahaja, amalkan setiap malam.
(2) Asam jawa dan garam dibancuh dengan segelas air panas. Embunkansemalaman. Esok paginya minum air tersebut sebelum membasuh mukaatau membuang air kecil. Mengelak perut buncit Sekiranya anda makan nasi,jangan disulami dengan air. Minum air setelah selesai makan Sebaik-baiknyaminum 1/2 jam - 3 jam kemudiannya. Petua ini dapat mengelakkan perut buncit.

MENGEKALKAN KECANTIKAN
Kalau mahukan wajah sentiasa cantik amalkan surah Yusuf setiap malam. Disamping itu, untuk mengekalkan kecantikan, tadah air embun malam Jumaatdan sapukan ke wajah, dibuat air mandi ataupun minuman.MenghasilkanKulit CantikAmalkan meminum air campuran pucuk pegaga dan lobak merahyg telah dihancurkan .

MENGATASI SENGGUGUT
Senggugut memang perkara biasa yang dialami oleh wanita . Namunterdapat cara yang senang untuk mengatasi senggugut . Petua ini sayaamalkan dan kesannya memang menakjubkan berkat izin Allah .
1) Campurkan halia yang telah ditumbuk dengan serbuk lada hitam Kuantitisama banyak antara kedua-dua bahan . Makan dalam 1 @ 2 minggu sebelumhaid .Cara nak telan tu tak kisahlah macam mana pun . Tapi saya gunakankapsul kosong lebih kurang 2 biji sekali makan .Tapi kenalah cepat menelannya sebelum ia lembik . Sekali makan anda tidak akan dapatsenggugut selama 3 bulan berturut-turut . Ini adalah pengalaman saya.
2) Setelah saya berada di kampus amat susah bagi saya nak amalkan petuatersebut tapi saya amalkan minum air suam . Kesannya tanpa sedari dahlama saya tak dapat senggugut.

MENEGANGKAN KULIT MUKA DAN MENGHILANG JERAWAT
Rebus segenggam biji kani (manjakani atau kani boleh dibeli di kedai2 India)di dalam periuk tanah sehingga menggelegak dan pekat. Apabila suam,sapukan pada wajah atau bahagian kulit yg anda inginkan. Tunggu sehinggakering dan cuci sehingga bersih. Amalkan setiap hari. InsyaAllah kulit tegangjerawat tiada.

MENYEGARKAN MATA GATAL DAN LETIH
Ambil beberapa helai daun sireh muda. Kemudian, cuci bersih. Ramas-ramaskan ia dan masukkan ke dalam air suam. Selepas itu, tapis airnya.Selanjutnya rendamkan mata sambil kerdipkan berulang kali. Lakukan selaludan hasilnya anda akan merasai perubahannya.

MENYEGARKAN MATA
Ambil timun yg telah dihiris Lekapkan pada kelopak mata Pejamkan mata utk berapa ketika. Anda akan berasa kesegarannya selepas itu.

MENAIKKAN SERI MUKA
Basuhkan muka anda dengan menggunakan air basuhan beras yang ke tiga. Bilas dengan air bersih setelah sepuluh minit.

MERAWAT PANAU
Ambil sepotong halia, tumbuk lumat dan tempelkan pada tempat berpanau. InsyaAllah, anda akan melihat hasilnya.

MENGELAK RAMBUT GUGUR
Ambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya. Basuh hingga bersihdan kisarkan hingga hancur. Perap ramuan di atas kepala selama sejam.Lakukan 2 kali seminggu. Insyaallah anda akan memperolehi rambut lebat,hitam dan berkilat semulajadi.

MENGURANGKAN AIR PADA FARAJ
Tumbuk hingga halus pucuk dan buah manjakani dan hati pinang muda.Gaulkan dengan minyak minyak bijan dan kemudian kukuskan. Ramuantersebut hendaklah dimakan ketika tengah malam

SIHAT TUBUH BADAN
Setelah solat Subuh, lakukan senaman ringan. Hirup udara segar di luar danjalan tanpa memakai kasut (Mandi embun).Geselkan kaki di atas rumput ygmasih berembun .

MELANGSINGKAN TUBUH
Dua biji lobak merah dan sebiji timun diparut dan diperah airnya. Campurdgn sebiji air limau nipis dan bancuh hingga sebati. Minum dua kali sehari.Amalkan sehingga mencapai berat badan ideal

MENGHILANGKAN PARUT DI KULIT
Tumbuk kulit kayu manis sehingga lumat. Campurkan serbuk ini dengan sedikit air. Bancuhkan bersama dengan bedak sejuk. Setelah sebati, sapu rata di bahagian berparut. Lakukan sekerap yg mungkin. Lama-kelamaan,parut akan beransur hilang. Petua ini juga sesuai untuk menghilangkan
bintik-bintik hitam dan jerawat di wajah.

MENGELAK KEGUGURAN RAMBUT
Ambil lemak ayam dan masak sehingga menjadi minyak. Sapukan ke kulitkepala seeloknya pada waktu malam. amalan ini juga dapat mencegahkelemumur.

MENGHILANGKAN BAU KETIAK
Amalkan semasa mandi, gosok ketiak di atas kepala lutut. Selain itu, setiapkali lepas mandi, sapu dengan belakang tapak tangan pada bahagian bawahketiak.

MENGHILANGKAN KELEMUMUR
Perahkan air limau purut/ nipis di atas kulit kepala Lumurkan rata-rata danbiarkan beberapa jam Utk hasil yg baik, biarkan rambut anda diperapkan dgntuala. Basuh dgn air suam. Selain itu, petua ini juga berguna utkmengurangkan pening kepala.

RAMBUT GUGUR
Rendamkan kacang hijau semalaman. Tapis dan gunakan airnya bagi disapuatas kulit kepala sambil dipicit perlahan2. Amalkan selalu hingga rambutbaru kelihatan tumbuh. Di samping itu, elakkan mengikat rambut dgn getah.

MENGHILANG SAKIT KEPALA
Ambil daun lemuni (batang yg lembut sahaja) lebih kurang sekilogram.Masukkan ke dalam sarung bantal dan tidurlah menggunakan bantal tadi.Amalkan 2-3 hari dan insyaAllah anda akan berasa segar dan ringan kepala.

MENGHILANG KETUMBIT MATA
Gesel 2 batang sudu. Sapukan bahagian yg digesel di tempat ditumbuhi ketumbit Lakukan sekali sehari sehingga ketumbit hilang.

MENURUNKAN BERAT BADAN
(1) Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dancampurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.
(2) Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari. Perah airnyake dalam gelas yg berisi air sejuk. Masukkan ke dalam peti ais. Amalkanminum selepas makan tengahari atau selepas makan malam.

MENGATASI TUMIT PECAH
Gosokkan tumit kaki dengan menggunakan belimbing buluh. Kemudian berus tumitkaki dengan berus lembut. Amalkan sebelum mandi.

AWET MUDA
(1) Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari yg baik iaitu Isnin,Khamis dan Jumaat. Selain itu, amalkan menanam kuku/rambut yangdipotong atau gugur.
(2) Sejurus bangun pagi, sebelum mandi dan gosok gigi, amalkan petua ini.Urutkan wajah anda dgn air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringiselawat nabi 3 kali. Amalkan setiap hari urutan ini.

MUDAH BANGUN PAGI
Sebelum tidur, tepuk bantal tiga kali sambil berselawat ke atas Nabi s. a. w.
Niat dalam hati utk bangun pagi Insya-Allah, esok terjaga dengan sendirinya.

MENGHILANGKAN JERAWAT
Campur bedak sejuk dan asam jawa. Selawat pada Nabi 3 kali. Sapukan di
muka dan di tempat jerawat Insyaallah, jerawat akan beransur hilang.

MELURUSKAN RAMBUT KERINTING
Perah sebiji kelapa dan ambil patinya sahaja Campurkan dgn air limau nipis.Simpan santan pekat ini di dalam peti ais sehingga atasnya menyerupaikrim. Gunakan krim ini utk disapukan pada kulit kepala dan rambutkeseluruhannya. Tutup kepala dgn tuala sehingga 1 jam barulah dibilas dgnbersih. Lakukan 3 kali seminggu. Anda akan dapati rambut kerinting akanlurus sedikit demi sedikit.

MENGHALUSKAN KULIT MUKA
(1) Bancuh sedikit asam jawa bersama air dan sesudu tepong ubi. kacausehingga ia menjadi larutan pekat. Pupurkan kepada muka yang telahdibersihkan. Biarkan ia mengering lebih kurang limabelas minit. Selepas itubarulah dibilas. 

MEMERAHKAN BIBIR
Sapukan madu asli pada bibir tiap2 malam sebelum masuk tidur. Amalkan selalu. Insyaallah bibir anda akan merah seperti memakai gincu.

MEMUTIH DAN MENGILATKAN GIGI
Ambil beberapa helai daun kelapa kering. Bakar hingga jadi abu. Gosokkangigi anda dengan abu daun kelapa tersebut. Lakukan berulang kali daninsyaallah gigi anda putih berkilat.

TEGANGKAN PAYUDARA
Amalkan meminum air kanji (air didih nasi)sebelum tidur malam. Insyaallah
mujarab.

MENGHALUSKAN KULIT MUKA
(2) Didihkan susu segar atau pun susu tepong bercampur air. Biarkan iasejuk. Lalu disapukan kepada muka. Biarkan kering lalu dibasuh dengan airbersih. Hilangkan Pecah-pecah Di Tumit Beberapa keping asam gelugurdimasukkan ke dalam baldi yg berisi air suam. Rendamkan kaki anda selama½ jam. Lakukan setiap hari hingga tumit sembuh semula

MENGEMBALIKAN SERI MUKA SELEPAS BERSALIN
Rebus beberapa tangkai daun inai dan minum airnya tiga kali seminggu. Seeloknya pada waktu pagi dan malam.

MENGUATKAN GIGI
Selepas membuang air besar, anda berdiri seketika. Kemudian, dudukbertinggung sambil dua tapak tangan mengetuk urat paha tiga kali .Semasamengetuk paha dengan dua tapak tangan, cengkam gigi sekuat tenaga.Selepas itu, kumur air di mulut hembuskan pada dua tapak tangan ke arah muka.

MENGHILANGKAN BAU MULUT
Tumbuk lumat sepuluh kuntum bunga cengkeh dan tiga ulas bawang putih.Kemudian gosokkan kepada gigi dan berkumur hingga bersih. Lakukannyatiga hari sekali.

MENGHILANGKAN LEBAM MATA
Teh uncang yg telah digunakan jangan buang. Lekap pada mata dan biarkan semalaman. Lakukan 3 kali seminggu ketika hendak masuk tidur.Menghapuskan Urat Timbul Di Kaki Sewaktu Mengandung Belah beberapaulas bawang putih lalu ditenyeh kepada urat yang mula timbul. Amalkan selalu.

MENGELAK SANTAU
Untuk mengelakkan santau melalui makanan, pastikan sebelum menjamah makanan ,rasa lelangit kita dengan lidah. Kalau lelangit tu terasa kesat tanpa rasa geli, jangan makan makanan/minuman atau pun tutup kedua-dua belahtelinga kalau tak dengar bunyi berdengung, berhati-hatilah dgn keadaan sekeliling. Untuk mengelakkan santau melaui angin, jangan amalkan tidurbertentangan dengan pintu.

MEMINIMAKAN GANGGUAN SEMASA TIDUR
Biasakan bangun awal pada waktu pagi kerana boleh menyebabkanseseorang itu cepat merasa mengantuk pada waktu malam. Lakukan senaman kerana ia menjadikan seseorang itu cepat letih dan mengantuk.Hilangkan segala masalah dengan mempraktikkan hobi anda seperti membaca, bermain atau berjenakadengan anak dan isteri. Ingatlah Allah sebelum tidur dan bertawakal kepadaNya setelah kita yakin dengan segala kerja di siang hari itu adalahibadat.

MENGHILANGKAN SAKIT KEPALA
Ambil sebiji bawang putih, hiris nipis dan tampal pada kiri dan kanan pelipis.Bawang tadi akan menyedut bisa pada kepala tadi dan biarkan semalaman.Hirisan bawang tadi akan tanggal sendiri apabila mengering dan sakit akanberansur hilang. Pelipis akan berwarna merah kehitaman tetapi akanmengelupas dalam sehari dua.

PETUA MENCANTIKKAN RAMBUT
1. Rambut yang lebat dan panjang sentiasa menjadi idaman setiap orang.Untuk itu ada cara yang paling mudah yang boleh anda amalkan. Mula-mula ambil beberapa batang serai dan tumbuk sehingga pecah. Rebus serai itusehingga mendidih dan apabila air serai itu sejuk, sapukan rata-rata kepadarambut anda dan seelok-eloknya ramas pada bahagian kulit kepala. Setelahlebih kurang dua jam barulah dibasuh seperti biasa. Amalkan sekurang-kurangnya seminggu.
2. Jika rambut anda selalu gugur serta nipis, cuba amalkan petua ini. Ambilbeberapa biji buah keras dan bakar sehingga bewarna kekuningan. Tumbukbuah tadi sehingga hancur dan campurkan dengan minyak kelapa. Padasetiap pagi, sebelum mandi sapukan bahan tadi pada rambut dan biarkanselama 30 minit. Cuci rambut seperti biasa. Amalkan dua kali seminggu.
Insya-Allah anda akan nampak perubahannya.
3. Rambut mudah beruban jika tidak dijaga dengan baik terutama kepadaorang muda. Oleh itu ada petua yang boleh diamalkan untuk mengatasimasalah itu. Caranya, bancuh sedikit minyak kelapa, lendir dari daun lidahbuaya dan air limau nipis sehingga sebati. Kemudian bahan tadi dilumurpada kepala sebelum mandi. Biarkan selama setengah jam, barulah dibasuhbersih-bersih dengan menggunakan syampu yang sesuai. Lakukan tiga kaliseminggu.
4. Anda pasti gembira sekiranya rambut anda selembut sutera serta mudahdisikat. Untuk itu amalkan cara ini. Sekiranya anda bercadang untukmembasuh rambut pada esok hari, lurutkan rambut anda dengan minyakbijan sebelum tidur. Esok, syampu rambut dan bilas sehingga bersih. Laprambut anda sehingga hampir kering.Kemudian, ambil sedikit minyak bayiatau minyak zaitun dan digunakan sebagai perapi rambut. Kalau andaberambut lurus, bolehlah disikat terus. Tetapi jika anda berambut kerinting,seelok-eloknya biar seketika dan kemudian barulah disikat (ini untukmengelakkan rambut dari putus dan bercabang ).

PETUA UNTUK MENCANTIKKAN KULIT MUKA
1. Tomato dan epal boleh digunakan untuk melicinkan kulit. Caranya, paruttomato atau epal yang cukup masak, kemudian gosokkan perlahan-lahanpada wajah dan leher. Gelatin pada tomato boleh menghilangkan parut.Biarkan selama 20 minit dan selepas itu cuci dengan air suam. Amalkanselalu untuk hasil yang memuaskan.
2. Serbuk kulit kayu manis yang dicampur dengan bedak sejuk dan sedikit airboleh digunakan untuk menghilangkan jerawat. Caranya, sapu campurantadi pada muka sebelum tidur. Jika diamalkan, jerawat akan hilang dan mukaakan menjadi lebih licin.
3. Ambil kayu cendana, basahkan dengan air dan asah pada batu. Kemudian
sapukan ia pada jerawat dan hasilnya pasti memuaskan.
4. Kulit pisang emas boleh digunakan untuk menghilangkan parut jerawat.Caranya, sapukan kulit pisang tadi pada bekas parut. Lakukan setiap harihingga kesan itu hilang.
5. Ambil segenggam kacang hijau, dikisar halus lalu dicampur sedikit kuningtelur. Kacau hingga rata ramuan tadi dan disapu pada muka perlahan-lahan.Setelah lebih kurang 15 minit, basuh muka dengan menggunakan air suam.Hasilnya kulit muka akan cerah dan berseri.
6. Ambil segelas susu segar, sapu pada muka dan gosok-gosok hingga rata,melekit, dan kering. Cuci dengan air suam dan lakukan dua kali seminggu.Anda akan mendapat kulit muka yang gebu dan licin.

NASIHAT ORANG TUA-TUA MELAYU

Kita sering mendengar orang sesat di hutan. Pantang larangnya jangan sekali-kali kita atau salah seorang daripada kita bercakap besar seperti "aku tak akan sesat di dalam hutan".Sebaiknya setiap anggota mendiamkan diri dan jangan ambil sebarang benda atau tumbuhan yang ganjil semasa dalam
perjalanan tersebut


Penyakit sosial rumahtangga di zaman moden merupakan lemah tenaga batin.Ia amat berbeza dengan orang dahulu kala walaupun usia hampir 100tahun mereka mampu beristeri muda yang boleh disebut cucu.Tetapi generasi hari ini, setahun berumahtangga pun isterinya masih dara lagi.Bagi
memelihara tenaga kelakian jangan sekali-kali membasuh kemaluan selepas persetubuhan.Jauhkan membuang air kecil di dalam air.Amalan menahan kencing boleh membawa bencana seperti karang batu, dan lemah buah pinggang.Sebaiknya amalkan membuang air kecil 4 jam sekali.


Mandi di laut atau sungai amat menyeronokkan terutama kanak-kanak.Mandi dengan cara membabi buta dengan perasaan terlalu gembira boleh mendatangkan musibah yang tidak diduga.Bagi mengatasi musibah ini orang tua-tua juga ada pantang larangnya seperti pertama kali menjejakkan kaki dilaut ataupun sungai jauhkan dari bermain-main di gigi air


Sebagaimana kata orang tua-tua "Anak dara yang suka menyanyi di dapur
sukar mendapat suami". Kedua anak dara yang suka termenung di atas
tangga juga berat jodoh.

Menurut pengalaman orang tua-tua sekiranya anda ingin mata anda sentiasa terang, jangan sekali- kali melihat kemaluan isteri 

Sesuatu yang kita sayangi janganlah terlalu menunjukkan kasih sayang yang teramat sangat


Sekiranya anda mahu gigi anda tahan lama dan tidak mudah sakit jangan sesekali meludah semasa membuang air besar atau di tempat-tempat kotor.bagi menahan air liur keluar anda hanya perlu menutup mulut sambil mencekam gigi agak kuat

Elakkan diri mengamal mandi di tengah malam yang boleh menyebabkan badan menjadi lemah dan luntur

Membasuh atau mandi ketika badan terlalu panas, kesannya setiap penyakit yang ada dalam badan tidak dapat keluar

Jangan melakukan perbuatan mencampak apa-apa barang terutamanya pakaian melalui tingkap rumah kerana menurut orang tua-tua amalan ini boleh memendekkan rezeki

Bernanah jari disebabkan jarum,duri, dan tulang ikan 
Ambil 3 sulur bawang merah lalu ditumbuk jangan sampai lumat.Kemudian
bubuh 1 sudu besar minyak kelapa dan dibungkus dengan menggunakan
daun pisang dan dipanaskan ke atas api.Apabila sudah agak panas,
tampalkan ramuan tersebut pada tempat yang sakit dan dibalutkan dengan
kain pembalut luka.Buatlah sebanyak 3 kali sehari.

Bau mulut
Ambil beberapa helai daun sireh diramaskan ke dalam air dan
berkumur.Buatlah selama beberapa hari.

Resdung
Ambil isi terung kemal dan amalkan memakannya atau ambil daun kacangkayu kemudian jemur sehingga kering dan dibuat hisap seperti rokok.Bolehjuga amalkan mencium bunga daun bawang merah sentiasa.

Kunyit mengurangkan rabun mata
Sediakan 20 helai daun sireh dan satu oz kunyit dan keduanya
diparut.Letakkan di atas penapis dan tuangkan air panas dan diperah.Minum
air yang sudah ditapis itu satu gelas pada setiap hari.

Perut masuk angin
Setiap kali anda minum teh atau kopi masukkan daun delima yang sudah
dipotong kecil-kecil. Amalkan selama 1 bulan.

Perut Memulas
Ambil pucuk ciku secukupnya dan didihkan.Selepas air itu sejuk minumlah.

Telingga bernanah
Ambil kunyit tua sebesar ibu jari kaki, diparut dan diambil airnya danditambahkan dengan satu sudu teh.Masukkan ke dalam telingga yangbernanah secara terus menerus selama 1 minggu.

Rambut Ubat Kaki Pecah
Ambillah rambut yang gugur (rambut sendiri) satu genggam, kemudian
rambut itu terus dibakar dan abunya dicampurkan dengan minyak
kelapa.Waktu mahu tidur malam,bahagian kaki yang pecah itu dibersihkan
terlebih dahulu.Kemudian sapukan minyak dari abu rambut itu dengan
menggunakan kapas di bahagian kaki yang bengkak.Bila sudah disapu
pakailah sarung kaki yang agak longgar supaya cadar tempat tidur tidak
kotor.

Jerawat
a.Masukkan sebungkus daun teh(masih hijau) ke dalam air yang
mendidih.Kemudian wap air teh itu dihadapkan ke muka.Buatlah sentiasa
sehingga jerawat di muka anda hilang.
b.Kupaskan ubi kentang dan hiriskan nipis-nipis lalu segera ditampalkan
pada muka dan biarkan sehingga ubi kentang itu kering.Amalkan sedemikian
setiap hari.

Rambut beruban
Ambil biji buah betik daripada buah betik yang sudah masak sebanyak 2
sudu besar.Jemur biji betik itu sampai betul-betul kering.Kemudian digoreng
sampai hangus (jangan guna minyak) serta disusuli dengan tumbuk biji itu
sampai halus.Campur debu biji betik itu dengan minyak kelapa dan kacau
sampai merata.Setelah rambut anda dicuci bersih, lumurkan ramuan itu
pada bahagian kepala yang beruban, seelok-eloknya sewaktu hendak tidur.

Melebatkan tumbuh rambut
Potong pokok pisang dan batang yang tertinggal itu dibuat lubang di atasnya
seperti tempurung. Pagi-pagi esoknya bubuh bair yang betul-betul sejuk ke
dalam lubang itu dan dibiarkan beberapa minit.Kemudian terus ambil air dari
lubang itu dan digosokkan ke atas kepala yang botak.Buatlah sedemikian
setiap hari.

Membuang tahi lalat hidup
Ambil getah daun kemboja, bubuh pada tempat tersebut dan tampalkan
dengan kapas.Buatlah sedemikian sehingga hilang.Begitu juga dengan
caranya membuang ketaut kulit dan mengubattapak kaki yang pecah-
pecah.

Muka kasar dan berbintik-bintik hitam
Cari buah mentimum, diparut dan diperah lalu diambil airnya.Gunakannya
untuk mencuci muka anda sewaktu hendak tidur.Boleh juga tempel atau
tampalkan hampas mentimum itu ke wajah anda.Pada sebelah petangnya,
mandi dengan air suam dan cuci muka anda berkali-kali dengan air suam.

Menghilangkan kesan jerawat
Basuh muka dengan air kelapa muda.Biarkan air itu di muka selama-lamanya
1 jam dan biar ia kering sendiri tanpa dilap.Kemudian cucilah dengan air
sejuk.

Menghilangkan urat-urat yang timbul di kaki
Ambil segengam kacang hijau lalu direbus tanpa gula dan jangan
hancurkan.Makanlah pada waktu pagi dan malam.Selain itu setiap kali mahu
tidur, angkatlah kaki ke atas setinggi mungkin dengan menyandarkan badan
pada dinding dalam masa 10 minit.Selepas itu barulah tidur.

Daun petai cina ubat seri muka
Cari daun petai cina yang masih muda dan ramas pada telapak
tangan.Sapukanlah pada seluruh tubuh dan wajah anda sewaktu
mandi.Kemudian tunggu beberapa saat baru dibersihkan dengan air yang
bersih.Amalkan pada waktu mandi pagi dan petang selama lebih kurang 1
bulan.

Kudis buta
Cari 5 atau 6 helai daun jambu batu, giling hingga lumat.Ia kemudian
dicampurkan dengan santan dari segengam kelapa parut perah.Kemudian
dibungkus dalam kain jarang dan digosokkan pada kudis buta itu.

Bulu ketiak
Cari ubi kunyit dan kapur sireh.Cabut semua bulu ketiak anda dan celupkan ibu kunyit itu ke dalam kapur sireh dan gosoklah pada ketiak anda sehinggarata dalam beberapa minit dan kemudian basuh.

Cacar air
Ambil 5 helai daun jarak dan direbus lalu dimandikan kepada mereka yang
mengalaminya.Air rebusan itu hendaklah agak panas sedikit namun bolehlah
dilihat kepada pesakit itu sama ada kanak-kanak atau yang sudah
dewasa.Gosok juga daun jarak yang sudah direbus itu pada badan
pesakit.Lakukan selama 3 hari berturut-turut.

Menghilangkan bekas kurap di badan
Bakar kulit kerang sebanyak 12 biji selama 20 minit.Bila kulit kerang itu
terbakar jiruslah dengan air panas mendidih.Kulit kerang yang lumat
ditumbuk dicampurkan dengan 1 sudu belerang kuning.Biarkan 2 ramuan itu
sebati selama 1 jam dan campurkan pula dengan setengah cawan minyak
tanah.Sapukan ramuan itu ke bekas kurap.

Menghilangkan bau ketiak
Campurkan hampas tea dengan sedikit air garam sapukan pada ketiak dan
biarkan beberapa minit kemudian basuh dengan air hangat atau air
sejuk.Lakukan secara kerap setiap hari.

Ubat panau
Daun gelenggang dicampurkan dengan kapur lalu digosok pada badan yang
terkena panau itu.

Menghilangkan parut cacar air
Ambil segengam beras dan dibersihkan.Ambil 5 helai daun asam jawa dan
sebuku kunyit hidup ditumbuk halus bersama-sama beras tadi untuk
dijadikan bedak.Pakailah ketika hendak tidur selama seminggu.

Gatal-gatal malam
Ambil kelapa muda yang kulitnya masih hijau dan satu gelas madu asli,
campurkan kedua-duanya dan minum selama 3 hari berturut-turut.

Gatal-gatal pada kemaluan perempuan
Ambil seikat daun sireh dan direbuskan dengan air biasa.Minum air tersebut
setiap kali lepas kencing dan cucilah kemaluan anda dengan air tersebut.

Gatal Kulit
Ramai di kalangan kita yang mengalami gatal-gatal di bahagian kemaluan
terutamanya orang perempuan.Anda mungkin berasa malu hendak
berjumpa dengan doktor.Sakit ini tidaklah teruk sangat tetapi mendatangkan
rasa kurang senang kepada mereka yang menghidapinya.Sakit ini boleh
diatasi dengan menggunakan daun sireh.Carilah sesikat daun sireh mengikut
ukuran sendiri.Daun sireh itu direbus dalam periuk.Biarkanlah di atas dapur
sehingga mendidih.Ambil 2 gelas air rebus daun sireh itu untuk diminum
pada sebelah pagi dan petang.Sementara air yang lebih atau tinggal dalam
periuk pula digunakan untuk mencuci setiap kali selepas membuang air
kecil.Jika diamalkan dalam tempoh 2 minggu, rasa gatal itu akan hilang
secara beransur-ansur.

Menghilangkan Bulu Ketiak
Ada petua yang tersendiri untuk menghilangkan bulu ketiak daripada
tumbuh.Caranya cukup mudah dan bahan-bahannya amat mudah
didapati.Apa yang anda perlu cari adalah ibu kunyit dan kapur sireh.Bila ubi
kunyit dan sireh telah diperolehi anda dikehendaki mencabut semua bulu
ketiak anda.Selepas itu celupkan ubi kunyit ke dalam kapur sireh dan
gosoklah pada ketiak anda sehingga rata dalam masa beberapa minit dan
kemudian hendaklah dibasuh.Lakukan perkara ini dalam sehari mengikut
suka hati anda.Pada gadis yang belum tumbuh bulu bolehlah mencuba cara
ini, bagi menghalang bulu ketiak daripada tumbuh.

Sakit bahagian buah pinggang
Ambil sepotong temu lawak yang panjangnya kira-kira 6 cm, kemudian
dipotong dan dicuci.Setelah itu direbus dengan menggunakan air bersih kira-
kira 4 setengah gelas minuman.Biarkan air itu tinggal kira-kira satu gelas.
Bila sudah kering terus disaring dan diminum bersama-sama dengan madu
lebah.Ubat itu harus diminum 3 kali sehari, setiap kali diminum kira-kira 3/4
gelas.

Sakit siplis
Ambil lobak putih dalam sekati.Kemudian diparut halus-halus diperah dan
diambil patinya.Amalkan berkali-kali segelas untuk 3 kali sehari. Amalkan
memakan jering sebagai ulam, kerana zat jering dapat membantu
menghilangkan penyakit siflis yang berjangkit itu.

Bisa-bisa tulang
Dapatkan "akar sakit lelaki" sebanyak 3 atau 3 cekak dan direbus selama 2-3
jamkemudian disejukkan dan bolehlah diminum segelas sehari.

Lemah jantung dan darah tinggi
Caranya adalah dengan mencari buah Mahagani yang terdapat merata
tempat di semenanjung Malaysia.Buah Mahagani boleh dikunyah mentah-
mentah.Sebaiknya makan seulas untuk tempoh seminggu.Insya-Allah,dalam
masa 4 minggu anda mengamalkan nya penyakit anda boleh sembuh.

Kencing manis
Ambil sekati rebung buluh kuning, basuh bersih-bersih kemudian direbus
dengan sekati kulit kerang yang baru.Cara merebus rebung buluh kuning
ialah dengan menggunakan periuk tanah dengan memasukkan satu
setengah liter air dengan api yang sederhana.Sesudah air rebusan tinggal
1/4 nahagian,angkat dan sejukkan.

Anda boleh amalkan, minum setiap pagi untuk sekali sehari. Insya-allah,
penyakit anda akan sembuh.Tiada pantang larang semasa mengamalkan
ubat tradisional ini dan sudah ramai pengidap kencing manis sudah sembuh
sesudah mencubanya.

Demam kuning
Ambil segenggam daun daripada pohon dukung anak.Tumbuk sampai halus,
kemudian tuangkan air masakke dalamnya dan campurkan dengan sedikit
garam.Minum air tersebut pada waktu pagi dan petang.

Penyakit kuning
Ambil daun sukun yang telah tua kemudian direbus sehingga airnya merah tua.Minum air
tersebut 2 kali sehari sekurang-kurangnya untuk 3 hari.

Demam Berdarah
a.Beri minum air kelapa muda yang bercampur dengan air limau nipis,
panasnya akan turun segera
b.Beri minum segera air perahan daun kangkong sebanyak 3 sudu besar dan
basahkan kepala dengan air tersebut

Cara-cara mengurangkan demam
a.Beri pesakit minum air yang banyak
b.Menyejukkan kepalanya dengan bilasan air
c.Mengurut permukaan badannya dan menyelimutkan badannya dengan
kain yang tebal

Demam panas dan demam biasa serta doa penawarnya
a.Beri minum air zam-zam dan lap badannya
b.Boleh juga dilapkan badan dengan air batu dan bawa pesakit ke tepi
sungai yang mengalir antara selepas terbit fajar dan sebelum matahari naik
dan ucapkanlah:
"Dengan nama Allah,wahai Allah,sembuhkanlah hambamu,dan benarlah
rasulmu"

Dan rendamlah dalam sungai itu seketika.Lakukan selama 3 hari berturut-
turut dan jika masih tidak sembuh tambahkan 2 hari lagi.Insya-Allah, tempoh
7 hari tetap akan sembuh.

Pening Kepala
Pening kepala disebabkan oleh makanan yang kurang hadam, terlalu banyak
bekerja, mata terasa penat kerana terlalu banyak gas busuk dalam
perut.Ambil daun sawi sebanyak 6 lebar digiling atau ditumbuk menjadi
halus dan kemudian dicampurkan dengan sedikit garam.Kemudian digosok-
gosokkan pada dahi dan pelipis, gunakan cara ini satu atau 2 kali.

Satu lagi cara yang anda boleh lakukan ialah dengan menggunakan daun
kemangi, ambil 50 lebar daun kemangi yang kemudian dikunyah, bila telah
lumat terus ditelan,selepas itu cepat-cepat meneguk air hangat segelas.Ubat
cara ini boleh dilakukan 2 kali dalam sehari.

Ubat Kencing Batu
Jagung isinya sedap dimakan.Tetapi tiadak banyak

PETUA UNTUK MASALAH BADAN BERBAU
1. Sebelum anda memulakan kerja, ambil sebiji limau dan belah dua.Kemudian sapu pada ketiak dan jika diamalkan selalu ketiak tidak berbaulagi.
2. Badan berbau amat memalukan. Cara mengatasinya, ambil beberapakuntum bunga cengkih dan direndam sehingga kembang. Kemudian minumairnya tiga hari berturut-turut.
3. Ketiak hitam dan berbau amat memalukan. Cuba cara ini, campur sedikitkapur sirih bersama perahan limaunipis. Sapukan pada ketiak, setelah andaselesai mandi. Amalkan selalu dan ketiak anda akan cerah dan tidak berbaulagi.
4. Bulu ketiak boleh dihilangkan dengan cara ini. Ambil 20 biji jintan putihdan sedikit kapur barus, gaul rata bersama dengan air perahan limau purut.Sapukan pada ketiak setelah bercukur, setelah disapu beberapa kali ianyaakan berhasil.

PETUA UNTUK MASALAH KEPUTIHAN & KENCING TIDAK LAWAS
1. Sesetengah wanita mengalami masalah keputihan dan gatal. Cuba caraini, ramas 12 helai daun sirih bersama seliter air suam. Tapis dan gunakan airitu untuk membasuh kemaluan anda, dimulakan dengan selawat. Selainmenghilangkan gatal dam bau ia juga berupaya merapatkan kembalibahagian sulit.
2. Ambil secekak daun pegaga bersama akarnya sekali dan cuci bersih sertadirebus didalam periuk. Setelah mendidih, angkat serta bubuh sedikit garam.Kemudian cuci kemaluan dengan air rebusan yang suam. Lakukan tiga kaliseminggu. Keputihan dan gatal-gatal akan hilang.
3. Jika anda mengalami kencing berdarah atau tidak lawas, ambil segenggambarli, basuh dan rebus hingga kembang. Masukkan sebuku garam. Apabilahendak minum campurkan sedikit gula. Amalkan setiap hari hingga penyakitanda sembuh.
4. Ambil lobak putih, dibersih dan diparut halus. Campurkan bersamabeberapa ketul gula batu dan embunkan semalaman. Selawat tiga kali danminum setiap pagi. Anda tidak lagi sukar membuang air kecil.

PETUA UNTUK IBU HAMIL & KANAK-KANAK
1. Ibu yang sedang hamil biasanya akan mengalami masalah bengkak kaki.Ada petua yang boleh diamalkan untuk mengubatinya. Ambil sedikit jadamdan dicampur dengan sedikit air masak. Apabila sudah hancur dan pekatsapukan pada kaki dan betis selepas selawat tiga kali. Seelok-eloknya sapusewaktu hendak tidur. Amalkan dan anda akan mendapat manfaatnya.
2. Untuk memudahkan anda sewaktu hendak bersalin, cuba petua ini. Setiapkali mandi dan membasuh rambut, hisaplah air yang mengalir dari hujungrambut anda sambil berselawat dan berdoa. Seeloknya diamalkan ketika hamil.
3. Bayi biasanya akan mengalami masalah ruam lampin. Untukmenghilangkannya bancuh secamca teh garam dengan air suam dan sapupada ruam. Insya-Allah ruam beransur hilang.
4. Daki pada kepala bayi amat sukar dihilangkan . Untuk menghilangkannya,anda boleh menggosok perlahan-lahan kepala bayi dengan hampas kelapa.Biarkan seketika agar daki tadi kembang, kemudian bolehlah digosok dakiitu. Selain hampas kelapa, minyak bayi juga boleh digunakan. Amalkan danhasilnya pasti memuaskan.
5. Jika bayi anda demam dan suhu badannya tinggi amalkan petua ini.Gunakan tiga jari anda (ibu jari, jari telunjuk dan jari hantu). Baca selawattiga kali, genggam dan lepaskan beras dengan tiga jari tadi ke dalamsecawan air masak. Makan beras yang masih melekat pada jari itu. Gunakanair yang bercampur beras tadi untuk disapu pada badan bayi dan diberiminum kepada bayi. Suhu badan bayi akan berkurangan dan ulangi jika perlu.

PETUA UNTUK MASAKAN
1. Sayuran kalau disimpan didalam peti ais beberapa hari, kesegarannyaakan hilang. Untuk mengembalikan kesegarannya, rendam sayur tadididalam air yang dicampur cuka selama beberapa minit. Selainmengembalikan kesegaran, cuka juga akan menghilangkan kotoran pada sayur.
2. Mencuci kerang memang susah. Untuk itu, masukkan hampas kelapabersama kerang didalam besen dan gaul bersama sedikit air. Setelahbeberapa ketika, kerang akan bersih memutih.
3. Kalau anda inginkan cucur kodok anda lembut setelah dimasak, bancuhlahdengan air suam. Kemudian goreng seperti biasa. Cucur pasti lembutwalaupun setelah sejuk.
4. Peria memang pahit. Untuk menghilangkan pahitnya, potong peria danrendam didalam air berisi garam halus. Setelah lebih kurang 25 minit, sejatdan masaklah peria tadi mengikut resepi anda.
5. Ketika menggoreng ikan, perap ikan bersama asam gelugur. Kemudiangoring asam gelugur hingga hitam diikuti ikan. Hasilnya, ikan tidak melekatlagi.
6. Tauhu akan melekat jika digoreng. Taburkan garam halus pada permukaan
atas dan bawah tauhu sebelum digoreng. Hasilnya, tauhu tidak melekat lagi.

KHASIAT DARI TUMBUHAN
1. Daun senduduk boleh digunakan untuk menghilangkan parut. Caranya
ialah dengan mengambil beberapa helai daun senduduk, kemudian upar-
uparkan hingga keluar air dan gosok daun pada parut. Ia juga boleh
menghilangkan jerawat pada muka dengan mencampurkan airnya dengan
bedak sejuk.
2. Daun ati-ati boleh digunakan sebagai penawar lelah. Caranya, ambilbeberapa helai daun ati-ati, basuh dan bersihkan serta di tumbuk lumat.Sapu daun yang telah lumat tadi pada dada sehingga paras pusat. Hasilnyaakan diperolehi setelah diamalkan beberapa kali.
3. Daun inai selain untuk memerahkan jari ia juga boleh digunakan untukmerawat luka, samada luka luaran mahupun dalaman. Jika kulit kita terluka,ambil beberapa helai daun inai, tumbuk sehingga lumat kemudian diletakkanpada luka untuk menghentikan pendarahan. Bagi wanita yang baru lepasbersalin atau menjalani pembedahan, makan daun inai tujuh helai pagi danpetang sehingga sembuh.
4. Getah dari pohon kemboja boleh digunakan untuk merawat bisul. Caranya,
sapu getah tadi pada bisul dan hasilnya, bisul tadi akan beransur pulih.
5. Bunga melur juga boleh digunakan untuk mengubati penyakit mata.Caranya, ambil beberapa kuntum bunga melur. Rendam seketika didalam air,kemudian ambil air tadi dan disapu pada mata dengan menggunakan tualalembut. Rasa sejuk air ini akan melegakan rasa tidak selesa pada mata.

Translate:

Powered By google
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KONGSIKAN BERSAMA

JOM KITA ZIKIR SAMA-SAMA