CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

~MY TRUE LOVE~

Pages

Follow wannurulliyana on Twitter

27 May 2011

ANDA SEORANG PANAS BARAN????

Tip Untuk Menangani Sikap Panas Baran




  • Banyakkan membaca buku-buku motivasi.
  • Kenali diri sendiri dan ketahui faktor-faktor yang boleh menjadi pemicu kepada sikap panas baran itu.Cuba untuk berada dalam kawalan setiap kali faktor tersebut wujud.
  • Ingatkan diri sendiri bahawa apa yang dilakukan terhadap orang lain satu hari nanti akan berlaku ke atas diri kita sendiri pula.
  • Sedar apa yang ada dalam kawalan kita dan apa pula yang tidak.Jika sesuatu itu bukan dalam kawalan kita,maka marah tidak akan mengubah apa-apa.Sebaliknya ia sekadar membawa penat dan meningkatkan rasa tertekan yang akhirnya memudaratkan diri sendiri.
  • Jika sika panas baran itu sukar dikawal maka perlu temui kaunselor atau pakar psokiatri sebelum sesuatu yang tidak diingini berlaku.
  • sentiasa berfikiran positif dan katakan pada diri bahawa setiap yang berlaku itun ada hikmah dan kebaikannya.Dengan cara ini kita telah berjaya alihkan fokus minda dari tertumpu kepada sesuatu yang boleh mencetuskan perasaan baran.
  • Mereka yang panas baran perlu banyak riadah sebab badan yang cergasn membantu akal untuk mengawal emosi.
  • Jaga pemakanan,elakkan dari banyak memakan daging merah.Sebaliknya lebihkan memakan sayur dan buah-buahan.


Bantuan bagi kurangkan panas baran seseorang.
  • Jangan tambah lagi kemarahan seseorang itu hingga boleh membawa kemudaratan kepada dirinya atau orang sekeliling.
  • Bersabar dengan mereka yang panas baran.Cuba bercakap dengannya dengan nada yang perlahan lagi lembut.
  • Ajar dia beristigfar dan tarik nafas dalam-dalam.
  • Berikan dia segelas air sejuk.
  • Wujudkan kumpulan sokongan yang membolehkan berkumpul berbincang dan meluahkan isi hati.Ada ketikanya menyedari bahawa masalah ini bukanlah masalah kita seorang banyak membantu kita untuk menerima hakikat dan berusaha memperbaiki diri.

Cara mengatasi marah dalam Islam
  • Mengubah Posisi Rasulullah SAW bersabda :"Apabila salah seorang di antara kamu marah dan ketika itu ia dalam kedudukan berdiri,maka hendaklah ia duduk.Kerana hal ini akan menghilangkan marahnya.Dan kalau tidak,maka hendaklah ia baring."(Riwayat Muslim)
  • Berwuduk Rasulullah SAW bersabda :"Marah itu datangnya daripada syaitan dan syaitan itu diciptakan daripada api,sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air.Oleh itu apabila salah seorang di antara kamu marah,maka hendaklah ia berwuduk."(Hadis Rowayat Abi Daud).
  • Minum air
  • Mendiamkan diri ketika marah.
  • Berlindung dengan Allah daripada syaitan.
  • Meluahkan perasaan marah dan masalah dalam keadaan masa dan tempat yang sesuai.
  • Berfikiran positif.
  • Belajar menyampaikan kemarahan secara positif dan terhormat.Elakkan daripada memekik atau bertindak garang.
  • Bawa bertenang seperti menarik nafas.
  • Senyum kerana senyuman mampu meredakan tekanan.
P/S:Kalaulah anda tidak mampu untuk menggembirakan orang lain, janganlah pula anda menyusahkan orang lain.Moga2 kita diberkati olehNYa.Amin...

No comments:

Post a Comment

KOMEN LA YE..=)

Translate:

Powered By google
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KONGSIKAN BERSAMA

JOM KITA ZIKIR SAMA-SAMA