CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

~MY TRUE LOVE~

Pages

Follow wannurulliyana on Twitter

11 April 2011

CITA VS CINTA





"Saya nak awak tunggu saya balik dari belajar..saya sayang awak".....Saat lafaz itu diucapkan...aku masih setia menunggu si dia sehingga kini..saat itu aku baru saja di tingkatan 3 dan dia tingkatan 5..kami sama sama mengikat janji untuk bersama apabila tiba saatnya..Akhirnya dia menyambung pelajaran di luar negara..jauh meninggalkan aku sendirian pergi untuk mengejar cita-citanya dalam jurusan perubatan..Dan aku meneruskan pelajaran dan  kesepian menagih cinta di sini menunggu ianya pulang untuk menunaikan janji kami..

"Alaisyah..tak pergi mengajar ke ari nie??" Tanya ummi kepada ku..Jam menunjukkan hampir kepada pukul dua petang..Aku sepatutnya bersiap untuk mengajar di sekolah agama petang..Ummi mengeleng kepala apabila melihat aku tergesa-gesa bersiap untuk ke sekolah..Hatinya juga sayu melihat impian anaknya tidak tercapai untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara...Namun tidak ingin dilihat kesayuan itu oleh anaknya sendiri..Ya..memang impian aku untuk menyambung pelajaran dalam jurusan ijazah tidak kesampaian..mungkin belum ada rezeki..ummi juga kata begitu..ingin memberi aku semangat..Aku yang sudah 5 bulan tamat dalam pengajian diploma memutuskan untuk berehat setahun sambil mencari sumber kewangan untuk aku tampung pelajaran di peringkat ijazah..Alhamdulillah rezeki Allah di muka bumi nya yang terbentang luasnya telah memberi aku peluang untuk memberi aku nikmat..

Dia..sudah lama aku tidak menghubunginya..Lagi dua bulan dia akan kembali ke tanah air..dan kembali untuk menunaikan janji nya kepada aku dan keluargaku..Setelah sekian lama aku memegang kata katanya..Dan kini aku sudah lega dengan menanti kepulangannya..tapi..aku takut jika dia sudah lupa akan janjinya..lupa apa yang bakal terjadi..dan adakah dia sudah melupakan aku..Mungkinkah dia sudah terpaut dengan seseorang disana yang akan dia akan bawa bersamanya ketika dia menjejak kakinya di kampung ini..Muhammad Haikal..Itulah dia yang telah memeteraikan janjinya kepada aku..Tatkala aku teringat akan dia..saat itulah aku mengembau kembali kenangan aku dan dia saat pertemuan kami...
"wei!...Buta ker?jalan guna apa??lutut ke mata??jalan sebesar besar alam nie..ko xnampak ker??"...
"Amboi!!sedapnya bahasa saudara!...tak boleh lembut sikit ker bahasa saudara 2!!"..
 Waktu itu..aku terlanggar dia di kantin..aku bukan sengaja pun..masa itu sesak sangat dengan pelajarnya..jalan pula terpaksa mengelak..untuk tidak berlanggar dengan pelajar lelaki...walaupun aku dah berkali kali meminta maaf namun..
"Ko ingat maaf 2 senang jer..ko tengok baju aku nie..kotor tau tak!!eh ko nie bdk form 3 kan??"
"Ha ah..nape?saya kan dh mintak maaf td...ala 2 kontor sikit jer kene air..."
"Haa ko tau x aku nie senior ko!.."
"Habis 2 awak nak saya buat apa??nak melutut depan awak mintak maaf!!...jangan harap..saya nie bukan hamba awak...ok!"
 Aku meninggalkan dia keseorangan di situ..aku tak mahu keadaan lebih buruk lagi..Di saat itu aku mula membenci dia..setiap kali aku bertembung dengan dia aku buat tidak nampak si dia..aku geram sangat2..Dan betul apa kata orang..perasaan benci akan mula rasa sayang..Dan aku tidak sangka tatkala aku mendapat tahu dia akan menyambung pelajaran di Mesir..aku seakan akan rasa sunyi jika aku tidak ada perasaan benci melihat dia..aku sendiri tidak tahu kenapa..Ya Allah adakah ia perasaan cinta...
Saat pemergiannya..dia meluahkan perasaan dia kepada ku..
"Sebenarnya di saat kita bergaduh..dan saat itulah hati saya mula menyukai awak..saya takut untuk meluahkannya kerana saya benci awak..dan perasaan benci itu telah bertukar menjadi suka dan ingin mengenali awak.."terkejut aku apabila dia meluahkan segala apa yang di pendam selama ini..Dan aku..aku juga begitu..kini 5 tahun sudah berlalu..masa berlalu begitu cepat..



                                       ****************************************************


"Maafkan saya ..awak!"

"Tak pelah awak..mungkin dah xde jodoh kita".....kini hati dia sudah dimiliki..dia lupa akan janjinya..mungkin 5 tahun disana tanpa menghubungi aku disini telah mengubah hatinya..serta janjinya kepada aku..Mungkin aku juga terburu buru dalam memilih pasangan dalam hidup ku..Namun walau pahit rasanya..harus ku telan jua..Rupa-rupa nya kembali dia di Malaysia turut membawa peneman dia di sana..Aku sudah jangka apa yang akan berlaku..Lebih memeranjatkan aku dan keluarganya..dia bakal mendapat cahaya mata...Mereka telah bernikah di sana tanpa pengetahuan keluarga kami..Ibunya turut sedih atas apa yang berlaku..Keluarganya memohon maaf atas apa yang terjadi..Dan aku telah menerima ujian dari Allah..Pasti ada hikmahnya..Dan hikmahnya aku telah mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran di universiti di Jordan...Dan di sana aku mendapat kejayaan yang membanggakan..Alhamdulillah pulang saja dari Jordan aku dikejutkan oleh ummi tentang lamaran untuk aku..Dan aku menerimanya..Alhamdulillah aku mengenalinya..dia adalah pembuli aku saat aku belajar di kolej dahulu...Allah Maha Besar...Sesungguhnya Dia telah mengaturkan segala kehidupan kepada hamba2Nya..tidak perlu di cop atau di tempah pasangan kita itu...Kejar la cita..jika di kejar cinta..maka cinta akan melukakan kita dan cita akan hanyut hilang tanpa mendapat hasilnya..

No comments:

Post a Comment

KOMEN LA YE..=)

Translate:

Powered By google
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KONGSIKAN BERSAMA

JOM KITA ZIKIR SAMA-SAMA